steadyaku47

Sunday 8 October 2017

Dari Indonesia : Dato' Dr.Fauzi Mohamad : The battles has begun for me...

DIASPORA(Diaspeiro dlm Greek)bermaksud kegiataan merantau/hijrah dari Negara sendiri ke Negara lain,samada berkerja,berniaga atau mengikut suami/istri.

Dalam konteks ini kami warga negara Malaysia yg berada di Bumi Indonesia juga di sebut 'Malaysian Diaspora'.Kami mencari rezeki tanpa melupakan 'Ibu Pertiwi/Negara Malaysia/Tanah tumpah darah'.Dan perlu diingat juga 'Dimana Bumi diPijak disitu Langit di Junjung' atau peribahasa yg tak jelas'Hujan Batu dinegara sendiri,hujan emas dinegara orang'saya lebih terpengaruh 'Hujan Emas diNegeri Orang'.

Patriotik adalah kecintaan pada Negara.
YESS..Kami cintakan Ibu Pertiwi Bumi Malaysia tanpa belah bagi,Jalur Gemilang 'panutan kami'yg tinggal diluar Negara.TAPI kami tinggalkan Bangsa kami,Bangsa Melayu di Tanahair yg wajib kami bela dari kejauhaan dari hasil rezeki kami dibumi asing.

Yang paling kami ingat dijiwa adalah kami akan cuba jauhkan Para Para Pemimpin yg rakus 'Meratah'jiwa Bangsa,Bangsa Melayu sendiri.MUNGKIN ada sebahagian dari kami akan cuba dipinggirkan.Tapi ingat kami 'Bukan Makan'dari tangan Pemimpin Rakus dan Tamak.Tangan kami tidak terikat oleh sesiapa.Mungkin juga sebahagian dari kami akan 'kepanasan'ketika kami cuba pulang ke Tanahair kerna anda takut dengan bayang2.

Diaspora Malaysia ada dimana mana dimerata pelusuk dunia,mereka adalah para Professional yang dihargai diluar Negara tapi dipinggir oleh Negara sendiri.Para Diaspora ini juga punya hubungan 'networking'yg baik,jika tidak tak mungkin mereka selesa dinegara mereka bermastautin.

Maka harus dingat,jagalah anak bangsa dengan baik,jagalah Melayu dengan baik,jagalah tanahair dengan baik.Anda akan dipertanggungjawab dihadapan Allah nanti.

Salam dari kejauhan

Dato'Dr.Fauzi Mohamad



No comments:

Post a Comment