steadyaku47

Friday, 4 August 2017

Zahid Hamidi : 1965 - Umur 12 tahun mengikut ibubapanya berhijrah ke Malaysia : Adakah kemasukkan mereka ke Malaysia melalui saluran sah (Imigresen) atau melalui jalan-jalan haram?


Persoalannya sekarang... 
Ahmad Zahid Hamidi

1953 - Tahun lahir 

(lahir di Jawa, Indonesia / beliau & ibubapanya berasal dari Jawa).
1957 - Persekutuan Tanah Melayu merdeka.
1963 - Pembentukan Malaysia (Semenanjung Tanah Melayu, Sabah & Sarawak)
1965 - Umur 12 tahun mengikut ibubapanya berhijrah ke Malaysia.
Ini bermakna Zahid Hamidi masuk ke Malaysia bukan sahaja selepas negara mencapai kemerdekaan malah selepas 2 tahun penubuhan Malaysia.
Persoalan:
1. Adakah kemasukkan mereka ke Malaysia melalui saluran sah (Imigresen) atau adakah kemasukkan mereka melalui jalan-jalan haram seperti PATI Indonesia yang lain?
2. Jika mereka.masuk melalui Imigresen, apakah buktinya?
3. Bilakah tarikh kedua ibubapanya dan beliau sendiri diberi kerakyatan Malaysia?
4. Apakah pemberian kerakyatan kepada mereka mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh undang-undang negara?
5. Jika mereka masuk melalui jalan tidak sah, bagaimanakah cara mereka diberi kerakyatan negara ini?
Persoalan ini boleh dijawab oleh Dato' Nur Jazlan Mohamed, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. (Ini kerana mengikut tafsiran Dato' Nur Jazlan maklumat seumpama ini adalah _*maklumat awam*_.
Sebagai rakyat Malaysia aku berhak bertanya.
Zaidi Ahmad
Pekan
3 Ogos 2017