steadyaku47

Thursday 3 August 2017

YB Husam Musa : Pengeluaran bon berjumlah RM 2.5 billion oleh Bank Negara : GII Murabahah ini akan matang 20 tahun lagi iaitu 4 Ogos 2037. Umur DS Najib di masa itu adalah 84 tahun, jika masih hidup.



Salah Bayar Tidak Jenayah, Dua Kali Bayar Tugas Semua Rakyat Malaysia. Syabas Najib!
Pengeluaran bon berjumlah RM 2.5 billion hari ini oleh Bank Negara berbetulan dengan janji 1MDB lewat semalam bahawa bayaran kepada Ipic akan dibuat pada bulan Ogos ini juga.
Tarikh pembukaan bon oleh BNM ini ialah pada 1 Ogos dan tarikh pengeluaran adalah 4 Ogos, sehari sebelum lima hari masa sambungan diizinkan oleh Mahkamah Arbitrasi London untuk 1MDB melunaskan bayaran sejumlah RM 2.585 billion untuk pusingan pertama.
Kod tender bagi bon itu adalah 201700001701 dan maklumat mengenainya boleh dibaca di laman Bank Negara:
Berbahagialah penyangak 1MDB.
Bagi rakyat Malaysia yang dukacita dengan kerugian sebesar ini, mereka tidak dapat berbuat apa-apa sekalipun mengeluarkan air mata darah. 
GII Murabahah ini akan matang 20 tahun lagi iaitu 4 Ogos 2037. Umur DS Najib di masa itu adalah 84 tahun, jika masih hidup untuk sama membayar bon ini bagi tujuan pembayaran dua kali dosa 1MDB.
YB Dato Husam Musa
Naib Presiden Parti Amanah Negara
9 Dzulkaedah 1438/2 Ogos 2017


FAST.BNM.GOV.MY


Technical issue as the PM said?
The minister says it’s a normal bond to fund the budget deficit, denies a 1MDB link.
M.MALAYSIAKINI.COM


steadyaku47 comment : YB Husam tipu kut? Ka Johari yang tipu???

No comments:

Post a Comment