steadyaku47

Wednesday 15 March 2017

Lawak Pagi Rabu : HADI



steadyaku47 comment : 



Hadi Terangkan Bentuk Kerjasama Pas~Umno Di Dalam PRU14 Mengikut Pembahagian Kerusi

Nie Feng - 14 Mar 2017


Persetujuan bersama telah di capai. Hanya menanti perlaksanaannya. Transkrip Ucapan Hadi Pas minta Terengganu, Kelantan, Kedah, Perak dan Selangor diserahkan kepada Pas untuk memimpin. Selebihnya biar serah kepada Umno. 
"Sebab itu bagi Terengganu, bagi Kelantan, bagi Kedah, bagi Perak, bagi Selangor biar PAS memimpin. Negeri lain umno nak lagi bagi ke dia. Kalau boleh nak perintah habis, nak telan habis. Tapi mulut kita luas mana nak telan habis? Kita kena ukur dengan saiz kita sendiri. Kita memerlukan satu kerjasama untuk mengekalkan kuasa politik Islam. Ini sangat penting. Kita kena sedar. Ini budaya politik matang dan sejahtera yang kita lakukan pada hari ini. Orang umno pun selesa. Mereka pun tak mahu tegang, tak mahu berbalah lama. Tak mahu keras. Lembut. Lembut inilah kita boleh berdialog. Kita boleh berbincang untuk mencari mana benar, mana salah. Kalau silap kena perbetul.." ~ Presiden Pas













No comments:

Post a Comment