steadyaku47

Friday, 30 December 2016

Ulama PAS pon ka London cari Teh Tarik!



Thursday, 29 December 2016

WOWW...SAMPAI KE LONDON MENTERI CARI TEH TARIK!!




Sebagaimana yang tersebar dalam grup whatsapp dan media sosial, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom dilaporkan hadir dalam satu program "sessi teh tarik Akta 355" di Malaysia Hall, London pada 27 Disember, baru-baru ini.

Turut  diajak "ngeteh"  bersama dingin salji di kota London itu ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr. Khairuddin Aman Razali yang juga merupakan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat dan Ahli Jawatankuasa  Majlis Syura parti Islam itu.

Mengapa sampai ke London membawa perbincangan Akta 355? 

Apa kaitannya orang-orang Melayu di London dengan akta 355?


Malangnya, bersama gambar-gambar yang turut tersebar, khabarnya "sessi teh tarik" di kota London itu hanya mencatat jumlah kehadiran yang kecil saja.

Kenapa tidak pernah diadakan "sessi teh tarik" membincangkan akta yang sama di dalam negara atau di Jerai yang merupakan kawasan Parlimen Jamil Khir sendiri?

Adakah semua orang dalam negara sudah faham mengenai Akta 355, lalu tidak perlu diadakan sessi dialog atau kerana teh tarik mamak di sini tidak sesedap teh tarik di kota London?



Bila pula Jamil Khir mahu mengadakan "sessi teh tarik" dengan MCA, 
MIC, Gerakan dan parti-parti komponen di Sabah dan Sarawak yang 
masih menentang Akta 355 itu?

Apakah mungkin selepas London ini, "sessi teh tarik"  bersama Jamil 
Khir dan pemimpin Pas juga bakal diadakan di Paris, Amerika, Australia, 
New Zealand dan lain-lain kota percutian kerana di semua tempat itu 
juga terdapat orang-orang Melayu Malaysia yang ditakrif "sangat-sangat
"  perlu diberikan penerangan berkaitan akta 355? (SH 29/12/2016).