steadyaku47

Thursday 25 February 2016

themalaysianinsider disekat : Katanya, tindakan ini diambil kerana kesalahan didakwa dilakukan TMI mungkin memberi kesan kepada kestabilan negara, ketenteraman awam dan keharmonian, dan kestabilan ekonomi.



KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM PPO, PPPR TIDAK AKAN DIMANSUHKAN
SURUHANJAYA 

Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyangkal laporan media bahawa kerajaan akan memansuhkan dua panel bebas yang memantau perjalanan SPRM iaitu Panel Penilaian Operasi (PPO) dan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) yang dibentuk secara pentadbiran di bawah Akta SPRM 2009.

Kerajaan kini dalam proses membuat pelantikan keahlian panel-panel berkenaan bagi penggal baru.

Dalam pada itu, berhubung siasatan isu SRC International dan RM2.6 billion, SPRM mengambil maklum nasihat dan syor yang diberi oleh PPO pada mesyuarat yang ke-29 panel itu semalam dan berharap perkara ini tidak disalah tafsir oleh mana-mana pihak sebagai satu tindakan mencabar kuasa Peguam Negara.

Saya ingin menegaskan sebagaimana Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan kuasa pendakwaan adalah di bawah Peguam Negara.

TAN SRI ABU KASSIM MOHAMED KETUA PESUHRUHJAYA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA PUTRAJAYA
25 FEBRUARI 2016
Katanya, tindakan ini diambil kerana kesalahan didakwa dilakukan TMI mungkin memberi kesan kepada kestabilan negara, ketenteraman awam dan keharmonian, dan kestabilan ekonomi. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tmi-disekat-sesetengah-pembekal-internet-pada-ulangtahun-ke-8#sthash.CnyebzSU.aUHz2yoc.dpuf



Pembaca mengadu sekatan yang dikenakan apabila melayari laman web TMI. – Gambar The Malaysian Insider, 25 Februari, 2016.

Ketika The Malaysian Insider (TMI) mencecah usia genap lapan tahun hari ini, sebilangan pembacanya mendapati mereka tidak dapat mengakses portal berita…
shar.es
Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya 2 kertas siasatan membabitkan SRC International Sdn Bhd diserahkan semula kepada peguam negara adalah kerana terdapat bukti kukuh untuk mendakwa Datuk Seri Najib Razak, kata seorang ahli panel.

Beliau yang enggan mendedahkan identitinya berkata, PPO berpengaruh kerana ahlinya diberikan taklimat dan boleh menyemak semula kertas siasatan yang diklasifikasikan "tertangguh" dan "tiada tindakan susulan".

"Penyiasat SPRM mengumpul 'bukti mencukupi' untuk membuktikan kes prima facie terhadap Najib," kata ahli panel itu kepada The Malaysian Insider.

"Kami membuat kesimpulan itu kerana penyiasat SPRM juga memberikan taklimat kepada kami mengenai kes itu. Mereka juga menjawab segala soalan yang kami ajukan." Panel yang dipengerusikan bekas setiausaha kerajaan negeri Sarawak Tan Sri Dr Hamid Bugo itu, menamatkan penggal mereka semalam selepas tidak menerima surat lantikan semula sebaik tempoh setahun mereka tamat.

Dalam mesyuarat terakhir PPO semalam, ia turut diberi taklimat mengenai perkembangan terkini siasatan membabitkan SRC International Sdn Bhd dan derma politik RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Selain memuji sikap profesional, dedikasi dan integriti SPRM, panel berkenaan turut meminta kertas siasatan diserahkan kembali kepada peguam negara dan mendapatkan bantuannya mengeluarkan bantuan perundangan bersama bagi membolehkan SPRM mendapatkan bukti dan dokumen daripada institusi kewangan yang berpangkalan di luar negara.

Peguam jenayah, M Visvanathan berkata, 'credible evidence' (bukti yang boleh dipercayai) bermakna pendakwaan mempunyai semua bukti cukup dalam kes mereka untuk tertuduh membela diri.

"Ia bermakna, tiada hujah yang boleh dipatahkan ketika di peringkat pembelaan, pendakwaan boleh mendapatkan sabitan terhadap tertuduh," katanya.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, yang juga pendakwa raya pada 26 Januari berkata tidak terdapat bukti mencukupi untuk mendakwa Najib berhubung isu SRC International, syarikat milik Kementerian Kewangan.

Syarikat itu dilaporkan sebagai salah satu firma dari mana derma itu berasal sebelum disalurkan melalui syarikat lain dan dimasukkan ke akaun peribadi Najib.

Apandi berkata, tiada bukti Najib selaku menteri kewangan menyalahgunakan kuasanya berhubung pinjaman diambil SRC International daripada dana pencen, KWAP.

Beliau juga menjelaskan tiada keperluan meneruskan dengan permintaan mendapatkan bantuan perundangan bersama daripada pihak berkuasa kewangan luar negara dan bank untuk SPRM menyelesaikan siasatan terhadap kes RM2.6 bilion kerana tiada bukti mencukupi.

The Malaysian Insider masih menunggu respons Apandi sama ada beliau akan mempertimbangkan keputusannya menutup siasatan terhadap Najib susulan kenyataan SPRM semalam.

SPRM sebelum ini merakamkan percakapan lebih 100 saksi, termasuk Najib berhubung isu derma tersebut.

Agensi itu membuka siasatan itu susulan laporan The Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report pada Julai tahun lalu, yang mendakwa daripada jumlah RM2.6 bilion itu, RM42 juta daripada SRC International, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pindahan besar berjumlah AS$681 juta juga dipindahkan ke akaun Najib, daripada Syarikat British Virgin Islands dan melalui Falcon Private Bank di Singapura.

Apandi berkata, Najib mengembalikan AS$620 juta kepada penderma Arab Saudi kerana ia tidak digunakan. – 25 Februari, 2016. 

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/cukup-bukti-dakwa-najib-isu-src-international-kata-panel-sprm#sthash.OQx22EaL.dpuf

No comments:

Post a Comment