steadyaku47

Saturday 28 November 2015

Bank Simpanan Nasional : MOHD IESNIZA ZAINUDDIN

















Shahrol Nizam
 

Pada tarikh 25/11/15 jam lebih kurang 1400 hrs saya telah pergi ke bank simpanan nasioanal cawangan Kamunting, Perak untuk membuat kad atm BSN baru disebabkan kad ATM saya telah sangkut didalam mesin atm cawangan Kamunting pada tarikh 24/11/15 jam lebih kurang 2100 hrs.

Saya telah berjumpa dengan polis bantuan Syazwan dan saya telah memberitahunya bahawa kad atm BSN saya telah tersangkut dalam mesin atm bsn dan ingin membuat kad atm baru tetapi buku bank saya tiada disebabkan saya dari klang balik ke Taiping untuk melihat ibu saya sakit.

Polis bantuan Syazwan telah membawa saya berjumpa EN.MOHD IESNIZA ZAINUDDIN,NO.id:02957 manager BSN cawangan Kamunting dan telah memberitahu en.Iesniza bahawa kad saya tersangkut didalam mesin atm BSN cawangan Kamunting dan minta jasa baik en.Iesniza bahawa buku bank saya tiada kerana balik melihat ibu sakit dikampung.

En Iesniza memberitahu saya dengan suara tinggi kerana kad saya sangkut dia jadi masalah dengan orang atasannya bahawa mesin atm BSN jadi lebihan duit didalam dan saya memberitahunya saya pun tidak minta kad bank saya tersangkut didalam atm bsn.saya memberitahu en Iesniza bahawa saya ingin membuat kad dan mengatakan buku bank saya hilang.

Lalu en Iesniza memberitahu saya kena photostat kad pengenalan saya dikedai photostat luar bahawa photostat BSN tidak boleh digunakan untuk photostat IC saya.Selepas saya photostat ic dikedai luar dan kemudian saya ambil no: giliran dan telah berjumpa dikaunter 4 dengan Norzaimah bt Mat Noor no.id:03497.

Lalu datang en.Iesniza dengan nada yang tinggi dan kurang ajar memberitahu saya kad atm berwarna hitam diakui tidak pernah rosak cip dan stuck didalam atm bank dan dia memberitahu saya mungkin saya tak pandai mengunakan kad atm BSN dan tak pandai menjaganya.Saya memberitahunya bahawa kad bank BSN selalu cip rosak saya banyak kali dah menukar kad atm dari warna merah ke hitam masih jugak rosak.

Semasa percakapan tu ada customer lain pon membuat kad atm warna hitam cip rosak. Saya membuat aduan ini kerana tidak berpuas hati dengan cik Iesniza manager branch Kamunting kerana bercakap kurang ajar dan memalukan saya di depan orang lain dan saya telah bercerita dengan orang kat situ dan orang disitu memberitahu bahawa beberapa kali dah en Iesniza memarahi orang tetapi tiada tindakan dari orang lain.

Saya membuat aduan ini supaya tindakan diambil terhadap cik Iesniza kerana saya tidak mahu orang kampung dan orang lain dilayan buruk oleh cik Iesniza.

Minta pihak hq Bank Simpanan Nasional ambil tindakan terhadap en Iesniza yg tiada budi bahasa dan sombong.

No comments:

Post a Comment