steadyaku47

Friday 12 June 2015

Malaysia...Selamat Meyambut Ramadan. Melayu Boleh!


Peniaga rebut tapak bazar Ramadan


  •  Peniaga rebut tapak bazar Ramadan  
  • Razali (kiri) tetap tenang ketika diasak, manakala Mohd Yusof (kanan) cuba mengawal keadaan agar pergaduhan tidak tercetus.
SEREMBAN - Bantahan secara aman dirancang Persatuan Penjaja Uptown Dataran Senawang (PUDS) di depan pejabat Majlis Perbandaran Seremban (MPS), di sini, semalam, berhubung pengurusan bazar Ramadan tidak kesampaian apabila berakhir dengan kekecohan.

Insiden tidak diduga itu berlaku sekitar jam 2.15 petang di pekarangan Dewan MPS, di sini, tatkala penganjur dan peserta piket sedang berteduh ekoran hujan lebat yang menyebabkan aktiviti tersebut terpaksa ditangguhkan seketika.

Sementara menantikan hujan reda, pihak media mengambil keputusan untuk menemu bual Pengerusinya, Mejar (B) Razali Zakaria bagi mengetahui lebih lanjut bantahan yang dirancang.

Namun tidak sampai 10 minit temu bual dijalankan, muncul sekumpulan individu entah dari mana lantas meluahkan ketidakpuasan hati mereka terhadap tindakan Razali dan peserta terlibat.

No comments:

Post a Comment