steadyaku47

Wednesday 19 October 2011

Guan Eng bergesel bahu dengan tauke-tauke besar Cina

with thanks to Helen Ang
 

Oktober 14, 2011
Biawak hidup 
Pada awal pagi Okt 12,  keadaan menjadi gempar dan kelam kabut apabila secara tiba-tiba seekor biawak yang entah dari mana datangnya berlegar-legar di Komtar berhampiran dengan pintu masuk utama pusat pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang.
Gambar Guan Eng dipamerkan di Kolej Han Chiang -- saiznya lebih kurang sama besar potret Chairman Mao (Zedong) di Dataran Tiananmen sewaktu perayaan Hari Kebangsaan Zhongguo
Mengikut blog Tok Jen, biawak itu menyebabkan orang ramai masing-masing lari bertempiaran.
Namun setibanya ahli-ahli bomba, mereka telah dihalang oleh pengawal keselamatan daripada membuat pemeriksaan.
Tok Jen mengamati tindakan pihak pentadbiran kerajaan negeri yang mendiamkan diri berhubung dengan insiden tersebut serta cuba mengelak ianya daripada diketahui umum.
Ini kerana mereka khuatir Lim Guan Eng akan dimalukan. Akan tetapi nampaknya berjaya juga dielakkan insiden tersebut daripada mendapat publisiti media, ya?
Berkaitan peristiwa di atas, ada tersebarnya SMS kononnya bekas penduduk Kampung Buah Pala yang merancang membawa haiwan tersebut ke Komtar, kata Tok Jen.
BFF = Best Friends Forever
Tempoh hari, Menteri Penerangan Rais Yatim menegur Lim Guan Eng sepatutnya menasihatkan pengurusan Kolej Han Chiang supaya menggunakan BM dalam majlis rasminya.
Kata Rais, kolej tersebut “dikendalikan oleh personaliti kenamaan yang rapat dengan Guan Eng”.
Menteri itu dipetik sebagai berkata: “Guan Eng sepatutnya menasihatkan konco-konconya di institusi itu supaya menghormati bahasa kebangsaan.”
Tan Kok Ping (tengah) bersama Rais Yatim (kanan)
Mesranya Tan Kok Ping dengan Lim Guan Eng
Yang dimaksudkan Rais sebagai ‘konco’ Guan Eng (personaliti kenamaan berpangkat Tan Sri yang rapat dengan ketua menteri itu) agaknya ialah Tan Kok Ping.
Tan Kok Ping ialah pengerusi jawatankuasa Kolej Han Chiang dan juga presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang.
Selain itu, dia pengarah urusan Berjaya Sports Toto dan mempunyai lebih 38 tahun pengalaman dalam pelbagai industri termasuk sektor pembangunan hartanah.
Tahukah anda bahawa tindakan pertama Guan Eng ialah mengambil portfolio TANAH untuk dirinya apabila Pakatan menguasai Pulau Pinang?
Suratkhabar The Edge: Klik untuk baca
Guan Eng ialah exco negeri bertanggungjawab atas hal-hal tanah.
Sekali lagi: Tan Sri Tan Kok Ping ialah orang besar syarikat Berjaya yang juga pernah terlibat dalam bidang pembangunan hartanah.
Baru-baru ini Berjaya Land Bhd, iaitu syarikat Vincent Tan, membeli 57.3 ekar tanahKelab Lumba Kuda Pulau Pinang untuk harga RM459 juta. Nilai kasar pembangunan tapak ini dianggarkan RM1.5 bilion nanti.
Tan Kok Ping di kanan Guan Eng
Gambar-gambar the rich and famous
Waaah, cuba lihat di bawah gambar-gambar Guan Eng bersama Tan Kok Ping yang berlonggok-longgok.
Rugilah penduduk miskin India Kampung Buah Pala yang rumah mereka dirobohkan kerana Guan Eng memihak kepada developer itu hari.
Para developer pada zaman silam begitu baik dengan kerajaan Barisan Nasional di Pulau Pinang tetapi kini mungkin tidak lagi kot.
Tan Kok Ping, yang ada ‘kawan best‘ baru, sekarang dengan tiba-tiba pula mengkritik prestasi lampau mantan ketua menteri Pulau Pinang Dr Koh Tsu Koon yang dikatakannya “not doing anything in the past 18 years“. (Aduh sakit tak terhingga dikenakan apabila tidak laku lagi kerana sudah tentulah Guan Eng yang tengah ‘ong’.)
Dalam hidup ini, kawan akrab bukanlah untuk selama-lamanya, terutama sekali di kalangan politikus dan ahli peniagaan bigshot.
Penduduk kampung diusir
Selain Kampung Buah Pala, penduduk Kampung Pokok Assam pun marahkan kerajaan Pulau Pinang gagal menepati janji.
Kampung Binjai sebuah lagi perkampungan Melayu di negeri itu yang terpaksa memberi laluan kepada projek pembangunan.
Selain Kampung Buah Pala, Kampung Pokok Assam dan Kampung Binjai, diambil juga tanah Kampung Genting dengan 86 buah keluarga akan terpaksa berpindah.
Kesiannya rakyat marhaen yang kehilangan rumah dan tanah pusaka di koridor amar ma’aruf nahi mungkar pentadbiran Saidina Umar.
Untuk mengetahui tentang land deals lain bernilai berbilion-bilion-bilion ringgit di Pulau Pinang yang diusahakan developer-developer besar sejak Pakatan mula memerintah, sila baca di sini.
Nampaknya Guan Eng sering kali berdampingan dengan Tan Kok Ping, leh. Pasangan ini pasti boleh kita kata BFF — best friends forever, ya?
Kemaskini: Dewan Peniagaan Cina, yang mana Tan Kok Ping menjadi presidennya, telah memberikan sumbangan RM2 juta kepada SMJK (C) Heng Ee yang dihadiri anak Guan Eng. Baca SINI.

4 comments:

  1. Meh la balik Malaysia, Pak Hussein. Cakap banyak kat luar buat apa!?

    ReplyDelete
  2. Are these pictures doctored too with standard cut and paste cyber thugs MO? Or are they real instances where he welcomed the Tan Taikors to invest in the island state?
    Whatever the case I laud the LGE's move to fight back cyber thuggery by taping future functions.
    But we distract easily. BN is not after Penang. BN wants the jewel in the crown; Selangor. RPK has rightly pointed out that this could be a one term PR rule. BN knows Selangor PR is sluggish. The HIMPUN session is another convenient distraction while they deliver more busloads of ferign workers to Putrajaya.
    What is stopping PR from talking to the grassroots of the "new" rakyat? After all, they are here too for economic betterment. Why can't they be convinced to vote PR instead?

    ReplyDelete
  3. My apologies for the grammar and spelling typos, En Hussein. This was typed on the run. It should have read" foreign workers". Perhaps you might consider adding an EDIT/DELETE feature so that one can edit after posting one own's comments for good measure. Malaysiakini has the feature.

    ReplyDelete
  4. malchindian...will look into the edit/delete feature. I am what you can call a computer challenged guy...so will take a bit of time.

    ReplyDelete