steadyaku47

Sunday 23 October 2011


emailed to me by Michael : tqs Mike.

Is this what our young ones learn in school ??


The first sentence is a tragedy, the second a bloody lie.
 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhcEEaq01kmjBhhMaaYkEY6Pz4NQqllJ6qguMAxwwtI7Q1X7yg4KPpCy4-C5oQvsfqq6xI6P1BoeChPXJ57IfVWHNE32137_50mMPQsOQ2QUbLomXNvNvfKv-_9pU-9RzDq9b7c8RKTAK8/s1600/Form+2.jpg



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgGZiie2ADjPv4UpSGyaKnC8W2unP9aaS0HvHBYabF4suHMLJAxKCwgeNLKgAl0a9R7EjnRT1JnXIJ7O7BKAflSGbR-bnAmKskpVWw0GpyHzAVNgjsLMcHJ7DHaWeezMUEQN4q4PJiGdj4/s1600/Form2+a.jpg
In a Form 2 text book.
Hi ! Some time ago I came across a pro-abortion article in a seemingly innocent English Workbook for Form 2 students. I doubt that we have exhausted all topics for sample articles; this is most assuredly an attempt to desensitize young people (as young as 14 years old !! ) to the horrors of abortion. I want to highlight 2 sentences:
1. "Her dad took her to the clinic the next day to have her abortion done."
2. "The abortion went like clockwork and without any difficulties (after "any" always singular) and Mary came out of the clinic as healthy as before."
The first sentence is a tragedy, the second a bloody lie.
Have a look at the 3 images and take note of type and publisher. Parents especially now more than ever, need to be vigilant of what their children are being taught !

NOTE : It's amazing there are such SICK educators in our midst!! I am sure there are more of them lurking around unexposed. 

Click on images for larger view !


Artikel kontroversi, PEP Publications memohon maaf
October 3, 2011
By Blogger Rakyat

Buku English Tingkatan 2

Berhubung dengan sebuah artikel yang terdapat di dalam buku teks bahasa Inggeris tingkatan dua, pihak penerbit PEP Publications Sdn Bhd melalui wakil bagi bahagian editorial, Janet Ng ingin memohon maaf kepada semua pengguna dan pembaca buku berkenaan. Isu berkenaan pernah dibangkitkan di sini serta dibeberapa buah laman blog/berita lain.

Jadi isu ni bolehlah dianggap selesai dan diharap kejadian yang sama tidak akan berulang atau diulangi oleh mana-mana pihak. Berikut merupakan kenyataan akhbar dari pihak yang berkenaan:

Dengan rendah dirinya, pihak PEP Publications Sdn Bhd ingin memohon maaf kepada semua pengguna dan pembaca buku Penilaian Topik BEST Form 2 untuk petikan yang menjadi kontroversi tentang “Mary” di halaman 20. Kenyataan ini tidak sama sekali menggambarkan niat sebenar penerbit untuk menjadikan isu kontroversi ini sesuatu yang biasa seperti yang tertulis dalam buku kerja ini. Sebenarnya, penekanan kepada petikan ini tidak pernah mencadangkan remaja supaya hamil luar nikah suatu yang normal atau masalah biasa dalam kalangan masyarakat.

Pihak kami sungguh menyesal atas penerbitan petikan ini dan mengakui bahawa berlakunya kesilapan dan terlepas pandang oleh pihak editorial semasa mengedit petikan ini. Pihak kami menyedari bahawa isu ini amat serius dan kami telah mengarahkan semua pengedar buku kami agar segera mengeluarkan baki stok buku tersebut daripada rak-rak buku dan memulangkannya kepada kami. Pihak kami juga berjanji untuk melakukan penyuntingan yang lebih teliti dalam sesuatu topik kontroversi agar tidak diterbitkan lagi dalam mana-mana penerbitan kami pada masa akan datang.
Sekali lagi, pihak kami ingin memohon maaf atas kesilapan serius yang tidak disengajakan ini yang telah menyebabkan perasaan tidak senang hati dan sensitif dalam kalangan guru, murid-murid, ibu bapa dan masyarakat secara amnya.

Daripada:
PUAN JANET NG,
Ketua Editor,
Wakil bagi Bahagian Editorial PEP Publications Sdn Bhd.

No comments:

Post a Comment